Friday, July 29, 2011

Kuliah Jumaat

Hiii..

Tengah buat ape tu??? harini sejuk kan...nasib baik i bertindak bijak dengan bercardigan harini tau.. harini ofis i hari casual...so boleh la kalau nak pakai Jean OR shirt...comel kan..hihihi...... ok..kenapa ayat aku jadi macam tu???

Takde ape pun..tapi saje nak menulis jugak..kakakaka...

Tadi lepas meeting kat bangunan sebelah, diorang ada jamu pulut kuning + rendang daging.. perghhhhh..sedap weiiiiiiii.... pulak tu dah lama tak makan pulut kuning...rasa macam tak cukup tapi malu nak mintak tambah..

Tadi dok borak dengan opismate.. issue hot adalah Berat Badan...hahaha..well..pompuan kan..biasala.. nak nak pompuan yang dah beranak kan..hehe
Issuenya dressing yang dah kelaut after gave birth.....mau tak kelaut....awal-awal lepas habis pantang je, baju-baju lama ntah ke mana...semua simpan...nak keluarkan tak sempat sebab anak kecik... tudung pun main sebat je tudung mana-mana yang ada..yang penting tudung takyah iron...***tu semua alasan semata***..hehehehe..

Bak kata En Suami..En Suami pulak kata bak kata Ning Baizura, hanya perempuan yang malas je yang tak cantik...hihihihi...

YES...memang betul pun...malas nak iron tudung..malas nak dress up cun cun..malas nak pakai compact powder..malas pakai lipstick...malas pakai eyeliner...sumer la malas... ATERRRRRRRRR...MANA TAK COMOTNYA kan...hahahaha..AKU LA TU...eh eh..bunyi macam trademark Saida pulak..hahaha.. sebenarnya takde la malas sangat...tapi lebih kepada bila nak keluar jejalan je macam dah boring tengok baju-baju yang ada...so end up, settle je la dengan any shirt/dress yang ada..tu yang jadi tak semangat nak bercantik-cantik...tapi kekadang dah ada baju baru tak rajin jugak...haha..teruk betul...

Aku ni pun..kekadang sekejap je Gile pakai shawl...bila pakai shawl tu rasa macam cun habesss laaa..tapi pastu lama-lama kedaunggggggggggg....balik balik dengan Syria plain..pakai pulak dengan baju kurung cotton bunga comel2..terus orang kata macam remaja.....;p

Berat aku lepas bersalin 53 kg...tapi tadi timbang...........OMG.........**XMO BAGI TAU** tak tau kat mana lemak-lemak bersembunyi...sebab selama ni pun banyak je lemak...hahaha..bulan puasa ni kena start pakai PB balik....dah lama tak pakai.Asyik la lupa.....Penat je turun berat banyak masa pantang..Stop BF je sekejapan je naik mendadak-dadak....bagus tau BF ni...kalori burn banyakkk....sesenang je makan bebanyak tapi berat tak naik...

OK la...dah penat bebel.. Nak buat Entry pergi Bandung macam takde mood lagi...nanti la..bila-bila i free...**bajet macam bizi kalahkan CEO** hehehe

daaaa


Thursday, July 28, 2011

Tips Melancong Ke Bandung

Meh nak share tips-tips berguna untuk sesiapa yang nak melancong ke Bandung. Ni berdasarkan pengalaman aku selama 4 hari kat sana..

Take note: Aku punya flight dari KL-Jakarta, Jakarta-KL

  1.  First, make sure Passport korang tu expired date nya tak kurang dari 6 bulan.
      • Pengalaman- salah seorang dari ahli rombongan passport nya kurang 6 bulan lagi nak expired. So, masa sampai kat Jakarta airport tu Imigresen tak lepas... Lama jugak la diorang nak settlekan. Kitorang yang lain ni dah menunggu kat luar. Tunggu punya tunggu dalam setengah jam, beliau pun keluar. Rupa-rupanya Imigresen tu minta 1juta rp untuk settlekan hal tersebut. Terbang la dalam RM350..banyak tu..
  2. AIRPORT TAX.
      • Kat Indonesia Airport Tax tak termasuk dalam harga ticket flight tau.
      • So before shopping tu, make sure prepare and asingkan siap2 duit Airport Tax (Dalam RUPEE).
      • Kalau Airport Jakarta : 150,000 rp per ticket
      • Kalau Airport Bandung : 75,000 rp per ticket
      • Kalau korang ada infant yg seatnya share dengan parent, takde la kena bayar Airport Tax tu.
      • Airport Tax ni bayar masa nak check in flight masa nak balik nanti
  3. Isi siap-siap Form yang dia bagi masa dalam flight tu..
      • Form Arrival and Departure
      • Kalau pun taknak isi dalam flight, ISI SENDIRI masa sampai kat Airport. Sebabnya kalau la korang macam malas2 nak isi pastu tetiba masa kat airport ada orang sana cakap dia boleh tolong isikan, haaa...selamat la ko kena bagi TIPS kat dia..
      • Form Arrival tu nanti sampai je Airport bagi kat Kaunter utk dapatkan Visa On Arrival.
      • Form Departure tu simpan dalam Passport dan bagi masa kat Airport Indonesia masa nak balik Malaysia nanti.
  4. Di Indonesia (Jakarta/Bandung) semua TOLONG adalah TIPS ok..
      • Tips ni maksud aku adalah DUIT kayy...
      • Tapi mungkin jugak la ada yang memang betul2 baik hati tolong kan...hehe..
  5. Before gerak ke oversea, pastikan AKTIF kan dulu bankcard dan credit card untuk penggunaan di luar negara.
      • Macam kitorang haritu, tak tau kena aktifkan dulu...ingatkan bawa duit cukup dah..hahahaha..sekali beli telekung kat pasar baru je dah 1juta rp..haha..campur-campur beli benda lain lagi, terus rasa macam duit tak cukup.. terpaksa carik bank kat sana.Malangnya, semua tak boleh withdraw. Last choice, suruh pak supir bawa pergi Maybank (BII). Pergi sana, story bla-bla..call Call Centre Maybank semua, baru boleh keluarkan duit..hahahahaha..
  6. Aktifkan Roaming utk telefon..
      • Ada orang kata, kalau roaming utk Maxis dah otometik..ni aku tak sure.
      • Tapi kalau Celcom kena pergi Call Centre utk aktifkan dulu.
      • Kitorang pakai Celcom, ingatkan dah boleh autometik Roaming. Sekali tak boleh da..call, mesej semua tak boleh..susah jugak la..
  7. Plan siap-siap nak shopping kat mana
      • Aku ritu, Pak Supir bawa kat area FO yang kureng best...bagi aku la..kalau korang takat duduk sana 4 hari, takyah survey-survey..berkenan je terus beli... Tapi kalau kat Pasar Baru tu, boleh la nak survey dulu...
  8. Orang kata kalau nak naik cab kat sana better guna perkhidmatan Blue Bird.. yang ni aku tak try sebab pakai Pak Supir
  9. Operating Hour utk Pasar Baru : 10 am -5 pm
  10. Operating Hour utk FO - tak sure..tapi tutupnya lewat sikit la compare dengan Pasar Baru
  11. Tempat Makan 
      •  Mintak je Pak Supir bawa tempat makan macam restoran besar-besar..sebab tak mahal sangat pun. Nak nak kalau g rombongan..
      • Lagi bagus kalau korang dah survey tempat makan..senang
      • Dalam Pasar Baru ada food court kat Lantai 6..sedapppp...hihi..tapi tanye la Halal ke tak ye...
  12. Papparazi
      • Kat Bandung ramai papparazi tau..hahaaha
      • Korang turun je dari kenderaan, confirm ada a few people datang jual barang.. diorang ni memang tak give up la..kalau belum 20 x kita cakap enggak mau, selagi tu la dia dok datang kejar ko..hahaha...
      • Kalau korang layan, memang penat la..tapi kalau dah suka kat barang yang dia jual tu beli je la...hehehe..ikut memasing.
      • Aku kekadang kalau dah malas nak cakap enggak mau, jalan je menonong masuk terus ke dalam kedai/ van tak pandang kiri kanan.
  13. Waktu Indonesia lewat sejam dari kita..
      • kalau kita pukul 8.30 am, dia baru pukul 7.30 am..tapiiiiiiiii memang dah naik matahari la..cerahnya awal tau..
  14. Dalam Pasar Baru ada Money Changers.
      • Lantai 3. Susah sikit nak carik..boleh tanya2 kat orang..tapi kitorang buang masa almost 1 hour utk carik n tanya orang..hahaha..last-last tanya kat budak jual air, terus dia bawa kitorang sampai Money Changers tu. Bagi la TIPS dalam 2000 rp.
  15. Try makan Singkong
      • Singkong ni ubi kayu..dia goreng dulu..pastu salut cheese dengan gula ke ape ntah..sedap tau..jual tepi jalan je..
  16. Calculate Duit Rupee ke Duit Malaysia
      • Nak senang ikut kiraan macam ni. Dia tak tepat la..tapi almost..hehe
      • If 5000 rp = 0.5 x 4 = RM 2
      • If 50,000 rp = 5 x 4 = RM20 (kalau kira betul2 dalam RM17/18 tak silap)
      • If 500,000 rp = 50 x 4 = RM 200
      • Kalau nak lagi tepat, darab dengan 3.6... hahaha..jenuh la korang pikir..kang tiap kali nak convert je mau dekat 5 minit terkial-kial kira.. sebab tu nak senang, darab je dgn 4.
  17. Baju
      • Tak yah bawa baju banyak kalau niat di hati tu nak shopping..
      • Bawa baju untuk dipakai hari Shopping tu pun dah cukup...
      • Baju baby pun sama..kat Pasar Baru belambak jual.. kalau nak yang branded carik kat FO...siap ada FO ANAKECIL lagi kat sana khas utk kids n baby.
  18. Jeans
      • Pergi kat TOKO 3 - Jalan Jenderal Ahmad Yani.
      • Tak jauh pun dari Pasar Baru.
      • Levis original ada kat sana..dia siap ada certificate yg dia jual Levis ori..
      • Ada banyak brand lagi kat sana..tapi mostly memang kat situ syurga jeans la..hihihi
      • Harga pulak : emm..not bad..murah sikit la dari Malaysia.mine got around RM160 -Levis. Ada jugak yang sale sampai 50%..tapi tak sempat tengok..
  19. Cuaca
      • Siang panas jugak...
      • Malam sejuk..dalam bilik apartment siap takde aircond dan kipas pun..
Tu je buat masa ni..will add on kalau ingat lagi...




Mimpi..

Aku ni sebenarnya jarang mimpi...kekadang kalau mimpi pun, bila bangun tido dah tak ingat mimpi hape..

Tapi mimpi malam tadi teringat2 sampai sekarang...kakakaka..agaknya sebab mimpi kelakar kot..

Mimpi 1

Mimpi LHDN bayar kat aku Cukai Terlebih Bayar sebanyak RM1200....hahahaha..kayo makcik..walhal kalau ikutkan cukai terlebih bayar aku dalam RM130 macam tu je..  ni mesti mimpi gara-gara En Shahril  dah settlekan cukai dia semalam ni...
Tax aku sangkut....LHDN tak refund balik sampai sekarang tau..sangkut sebab Tax En Shahril ada problem...so semalam dah settle..harap2 tak lama lagi dapat la refund balik RM1200 RM130 tu..hehehe
..boleh buat beli kasut scholl...

Mimpi 2

Ni memang lawokkkk...
Aku mimpi blogger Fillanie .. muahahahaha..
Semalam dok BW kat blog dia.. natijahnya sampai aku termimpi dia..
Dalam mimpi tu aku ni macam otw nak pergi mana ntah.. pastu tetiba kat tepi jalan ternampak macam a few people yang muka macam kenal.. rupa-rupanya blogger... dalam tu yang aku ingat ada muka Kak Filla dgn member dia Kak Moon and a few lagi la.. hahaha..Kak Moon ni pun mesti masuk dalam mimpi aku sebab baca blog dia semalam pasal yang promo langsir tu..hahahaha

So, dengan pantas nya aku suruh la En Shahril stop.. konon nak pergi tegur la..

Adegan dia macam nihhh

Aku: Eh.. abg, tu macam Fillaniee je..yang blogger tu... tapi apsal dia nampak gemok eh..pipi tembam..rambut pendek...mesti dalam blog tu gambar edit-edit kan...kehkehkeh

En Shahril: stop kereta

Aku pun g la nak tegur kak Filla..


Aku: Eh..ni kak Filla kan..nak amik gambar la.. (haha..bajet macam jumpa artis..tapi nak jugak amik gambar tu walaupun Kak Filla nampak gemuk..)

Kak Filla : Haah... tapi jangan la panggil Kak Filla.. panggil Kak Fillah....

hahaha...ok..rasa macam nak gelak guling-guling bila teringat balik... ade ke dah elok2 Filla tukar jadi Fillah.. apekahhh??

Pastu aku tak ingat dah ape jadi...hahaha

To Kak Filla n Kak Moon:
Mintak maap bebanyak...ni memang mimpi semata-mata...hahahaha..saya memang suke baca blog akak berdua..



Tuesday, July 19, 2011

Petua Mengasihi Isteri...Tunjukkan yg anda bangga punya dia sebagai isteri.....

Terbaca kat blog someone benda ni.. Saje share dengan korang..Petua Mengasihi ISTERI...bukan awekkss kayyyy..


1.Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Sekali sekala Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai. Jangan malu untuk mengucup dahi atau pipinya

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri


panjang-panjangkanlah ilmu yg bermanfaat......

sumber: fb/my baby store...

********************************************************************************
Bila aku baca entry ni...tersenyum-senyum sendiri...hihihi..i'm lucky to have Mr Shahril Ezuan as my husband...he has done most of the points above.. i love u b...really appreciate it ..!! : )






Teringin.........................

Sejak-sejak dah jadi mak ni.....aku ada satu impian...

Impian aku adalah...........................jeng jeng jeng.......................

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Nak ambik cuti sehari...nak tido...nak rehat...maksudnya duduk je rumah tanpa buat apa-apa selain makan dan minum................atau dengan kata lain nak bermalas-malasan di rumah...........hehehehehe...ok tak????

Tapi...............selalunya bila cuti je, tak sampai hati nak tinggalkan anak kat nursery kemudian balik rumah bermalas-malasan...sape macam aku??? kalau sama, sila senyum...hehehe

Kadan-kadang rasa jugak macam badan tak cukup rehat...cuti ke tak cuti ke sama je..rasanya kalau time cuti weekend lagi la tak berehat... kalau dapat baring tu...oooohhh...alangkah indahnya...... tapi bila dah baring tu, time tu la anak datang panjat-panjat...hahahaha..sabor je la...aterrr...mana nak rehatnya kan.. kalau anak dah dua tiga orang aku tak boleh nak imagine...agaknye sorang kat kaki, sorang atas perut, sorang tepuk2 kepala.. ;p ....kesian jugak kat anak kan..kita ni selalunya kalau kat rumah, tak sempat sangat pun nak betul2 pay attention kat diorang..sibuk buat kerja...masak..basuh baju..dsb...sebab tu la time kite baru nak rehat dah anak pulak datang kacau..actually bukan kacau la sebenarnya..lebih kepada nak berkasih sayang dengan maknya...

tapi kalau asyik dok berkepit je dengan si kecik tu, confirm keje ape pun tak jalan...hahahahahaha

Cuma Alhamdulillah dapat husband yang sporting..time aku buat kerja, dia tolong jagakan....dapat dalam 10 minit...bila si kecik dah boring, datang la pulak melepek kat kaki mak dia ni..dah macam hantu kak limah... agaknye anak lelaki ni memang manja dengan mak kan..hihihi.. kalau time lipat baju tu biasanya 15 minit boleh siap..tapi...paham-paham la kan...tempat aku nak lipat tu la dia boleh bertenggek duduk main...hahahaha.. terus sejam lipat baju baru siap...**pengsan**

Sekian dulu repekan aku... jangan amik serius k...hihihi






Bangun pagi...rasa tak best

Bangun pagi ni rasa tak best.. sakit kepala..

Lapar pulak tu..

Nasib baik kat ofis ada orang bawakkan breakfast..RM2 je..sphageti.. :)

Harap2 kenyang sampai petang........tapi sekarang pun macam dah lapar..kuikuikui...

Dalam wallet ada rm3 je...macam tak cukup je nak makan nasi nanti.....malasnye nak pegi withdraw duit... aku teman korang yang pose la harini..hihihi..

Balik ni nak masak ape ehhh???

Emmm...rasa nak termenung la...jom termenung sesama...

OK..Ni entry tak berpaedah...menyampahhh..



Friday, July 15, 2011

Semalam...

Update on Iman Uqael lagi..kuikuikui...

Uqael dah pandai sedut air guna STRAW....hihihi..ni progress terbaru ni..senang la ummi nak bagi Uqael minum pasni...cuma masalahnya, bila dia dah terer berlagak pulak..asyik la nak minum air...............sabor je la..

Location : As Salam Mydin Kota Seriemas, Nilai
Air yg diminum : Teh Ais sedap
Kesan selepas minum : Batuk Uqael bertambah 'baik'


Ummi yang terlebih excited...wakakaka..dah la muke guwe kembang semacam...gegege









Bravo Uqael...Bravo Uqael...kekeke



Uqael yg suke main kat Celah sempit

Aku memang perasan la Uqael memang suke betul kat tempat sempit-sempit.. Dia kalau boleh, yang kat tempat sempit tu la dia nak mencelah...

Ni semalam punye aksi..

Aku tengah sidai baju kat luar...so tutup la grill tu tak bagi dia keluar...dah lama-lama dia punbosan-bosan duduk main goncang-goncang grill tu..pastu korang tengok dia buat ape..





proses nak patah balik


jeng jeng jeng........


Kepala lekat kat tempat selisih sliding door..hahaha


hahaha...aku suruh en suami tengok..pastu dia kata..biar je..pandai la dia keluar sendiri...hahahaha

 Nangis kejap je..



Hahaha..pastu tak serik pun walaupun tersepit kat situ..dok masuk jugak lagi sampai ke hujung sana tu...



First time pergi Playground

Location : Bdr Baru Bangi
Jam : 10-11 pagi kott
Sebab datang: Tak tau nak pergi mana lepas keciwa pergi imigresen kat Putrajaya n Kajang tapi katup...

















OK...dah penat moh balik....lain kali kite datang sini kite ajak Sufi pulak ye Uqael...hihihi..baru ada Geng bas sekolah..




Uqael yang sebokkk

Tengok ni...

Sebok je nak pegang tangan sama2 bila tengok Abah pegang tangan Ummi...hahahaha...

Tersengih-sengih tengok... sabor je la..






Happy Birthday to my baby

Last Friday on 8th July 2011 was my baby boy 1st birthday..

Nak post dalam blog Jumaat ritu tapi tak sempat sangat...huhuhu..

Meh kite tengok Gambar-gambar Uqael on his birthday.

Pagi-pagi:
Mode : Bangun tido




Mode :Hantar pergi nursery

Mlm sebelum birthday tu belikan keropok-keropok n a few sweets utk kekawan dia kat nursery..ni la dia..banyak jugak..sebeg besar..

No CAKES for him..hihihihi..masa tanye nursery pun diorang kata tak payah..agaknye susah nak handle kot..kang bebudak makan comot2..jenuh pulak kan.







Mode: OTW amik Ummi kat ofis and pergi Az Zahrah (after office hour)









Mode : At Pusat Rawatan Islam Az Zahrah

Nak tau buat ape kitorang datang sini?? hehehe..utk injection 1 tahun laaaaaaaa..kesian birthday boy kene inject hari brithday..kuikuikui




Masa kene inject dia nangis adala dalam 5-6 saat je..good boy betul..pas keluar dari bilik Doc, terus sambung beraktifan..

Mode: Rumah

Aktiviti : Buang baju belum basuh ke dalam bakul sampah..
Motif: Nak baju baru kot









Itu la cerita seharian pasal birthday boy ni...hihi..

This is his birthday present...2 pasang kasut



Alhamdulillah..di kala umur Uqael setahun, dia dah pandai berjalan.. Bercakap belum lagi...tak tau la bila..hihihi..

Semoga anak ini menjadi anak yang soleh...cemerlang..dan boleh menjadi seorang Abang/ketua yang baik.. aminnn...

Ummi and Abah love u so much Iman Uqael : )