OK...memula i mintak maap sekiranya ayat yg bakal ditulis tunggang langgang dan sukar nak di pahami..kalau tak paham sila jgn malu-malu tanya kat aku balik...kang malu sesat jalan..kalau aku tak reti jawab nanti kita sama2 tanya kauselor lactation.hehehe
Anak aku duduk kat nursery dari pukul 7pg - 7 ptg.. (dulu la...sekarang dah lain..)
Important 1 : Seboleh-bolehnya bagi fresh EBM untuk bekalan anak kat nursery. Fresh EBM maksudnya EBM yg belum/tak pernah dibekukan.
Kes aku....
Aku hantar kat nursery sebanyak 6 botol susu. Setiap botol mengandungi 3 oz susu.. (6 botol x 3 oz)
Oleh kerana aku ada banyak frozen EBM yang dibuat semasa bulan 7 (expired bulan 10), maka aku akan pastikan salah satu/dua daripada 6 botol yang dihantar ke nursery tu adalah frozen EBM yang telah dicairkan.
Cara aku susun macam ni.
Botol no 1 : Frozen EBM yg dah dicairkan
Botol no 2 : Fresh EBM (yg di pump pada hari semalam)
Botol no 3 : Frozen EBM yg dah dicairkan
Botol no 4 : Fresh EBM (yg di pump pada hari semalam)
Botol no 5 : Fresh EBM (yg di pump pada hari semalam)
Botol no 6 : Fresh EBM (yg di pump pada hari semalam)
Memula dulu aku letak frozen EBM kat botol no 1 dan 2....pastu tetiba aku rasa macam kesian kat anak aku kena minum frozen berturut-turut 2x, aku susun la mcm cara kat atas..so selang seli dgn fresh EBM. hehe
ni gambar baru..stat 1 hb lepas aku bagi kat nursery 8 botol EBM sbb kena p keje awal n balik lewat ; (
Important 2: Jangan letak frozen EBM di botol yg terakhir/hampir terakhir..maksudnya kat botol no 5/ no 6.
Tujuan: Kata kan la by the time ko nak amik anak ko tu, dia cuma minum sampai botol no 5 je..so no 6 tu masih blm berusik kan. So EBM no 6 tu boleh la korang frozen kan bila balik umah..dah boleh tambah stock kannn..
Tapi, kata la korang pegi letak kat botol no 6 tu frozen EBM...RUGI LA.. SEBAB FROZEN EBM YANG DAH DICAIRKAN SUDAH TAK BOLEH DIBEKUKAN BALIK..masih ingatkah rules tersebut???
Lagipun frozen EBM yg dah dicairkan hanya tahan 24 jam shj. Kalau korang nak guna utk bagi kat baby pun boleh..tp sebaik-baiknya bila kita bersama anak kita, kita direct breastfeed la utk kasik stimulate breast tu..
Mesti korang tanya kenapa tak bagi semua fresh EBM je kat nursery tu?????????? aku dulu pun pikir mcm tu jugak...memang takde masalah nak bagi semua botol tu fresh EBM TETAPI korang kena ingat untuk ROLLING STOCK... kalau bagi semua fresh EBM, kang stok yg korang buat tu tak pakai2 sampai dia expired...LAGIIIIIIIII RUGIIII..buang macam tu je.
So, bila ada susu yg lebih/extra utk bagi nursery keesokannya, boleh la terus di frozenkan. Maksudnya, contoh aku pump hari rabu dapat 18 oz..tapi aku akan pakai untuk anta ke nursery esoknya hanya 15 oz (5 botol) so balance 3 oz lagi tu boleh buat frozen....
Sebenarnya, berapa banyak frozen korang nak bagi kat nursery terpulang la pada berapa banyak stok yang ada, berapa lama stock tu dapat bertahan, bila expired, dan berapa byk yg ko dapat pump yg fresh..
Aku dulu terpaksa bagi 2 frozen sebab stok frozen tu masih banyak dan hampir nak expired. kalau aku tak guna, alamatnya buang je la. sayang oo...
Important 3 : Sila jangan susahkan nursery/baby sitter dengan breastmilk handling!!
Maksud aku kat sini, jangan la korang kejam sangat suruh nursery tu yang manage susu ko. Ada orang buat macam ni... Dia bagi sebiji je botol susu berisi EBM kat nursery..EBM yang lain dia p bantai letak dalam bekas selain bekas botol susu..contoh bekas dadih ke plastic liner yg utk isi EBM tu ke... cara ni menyebabkan baby sitter tu terpaksa basuh botol susu ko yg satu tu setiap kali nak masukkan susu baru..pastu baru panaskan susu tu...ooo..jangan-jangan..nanti lama2 baby sitter tu FED-UP nak bagi anak ko EBM ni..dah la dia nak kena tengok anak ko sentiasa. Mana la dia ada masa nak transfer2 susu tu...
Untuk mudah kan nursery/baby sitter korang buat macam nihhh:
1) Label kan setiap botol susu tu dgn nombor. 1.2.3.4.5.6.etc
- bila korang label kan nombor kat botol ni, korang tau la mana satu yg fresh EBM n mana satu yg frozen. Kan senang..
1) Label kan setiap botol susu tu dgn nombor. 1.2.3.4.5.6.etc
- bila korang label kan nombor kat botol ni, korang tau la mana satu yg fresh EBM n mana satu yg frozen. Kan senang..
2) Tulis nama anak kat botol supaya tak tertukar. Kang tetiba ada anak susuan pulak.
3) Bagitau kat baby sitter tu supaya bagi susu kat anak korang ikut susunan no. kat botol tu.
4) Bekal kan at least 1 puting (teats) and penutupnya...JGN LUPA k.. aku penah lupa bagi puting...kakaka..kalau korang mcm baikkk hati letak la satu teat utk setiap botol..aku bg 1 teat je..hahaha..bukan susah pun nak basuh kan.
contoh labelling (nama, no. botol)
Lepas dah siap semua, by the time nak anta ke nursery, letak la susu tu dalam cooler bag. So bila sampai nursery, susu tu still sojuk lagi..
****seboleh-boleh nya guna la botol yg BPA Free ye. Sebab nanti botol tu asyik reheat je..takut mendatangkan kemudaratan..google la kalau nak tau BPA Free tu ape..
****kalau aku ada salah bagi info betul kan la.
2 comments:
huh penerangan yg sgt best! trime kasih daun keladi..hihi. insyaAllah akan dipraktikkan
haha..2 hr aku karang ayat..asek kene kacau je kat opis ni.byk sgt bende nak bgtau..aku pun pening...try la ye..
Post a Comment