Nasib baik jadi....wakakaka..**bangga**
Resepi
Bahan A
150gm minyak masak/jagung
180gm susu cair
200gm gula castor
220gm susu krimer manis ( aku letak 200 gm je)
1 sudu teh emulco coklat (tau ke menda ape? hahaha)
Bahan B
50gm serbuk koko
90 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
Bahan C
3 biji telur (dipukul hingga sebati)
Cara nak buat
1. Satukan bahan-bahanA dalam sebuah periuk. Kacau atas api perlahan hingga gula hancur. Jangan sampai mendidih. Angkat dari api dan biarkan suam.
2. Masuk telur yg telah dipukul ke dalam bahan A yg dah suam dan kacau rata
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand mixer hingga adunan menjadi licin.
4. Rehatkan adunan 20 minit. Tuangkan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus selama 20 minit atau hingga masak... (nak tau dah masak ke belum, sila amik lidi ke pape cucuk ke dalam kek...kalau time tarik keluar tu dah takde coklat lekat kat lidi, kira dah masak la tu..)
Aku memang like resepi senang-senang macam ni...hahahaha...
0 comments:
Post a Comment