Resepi asal ambil dari blog tiffinbiru Dapur Tanpa Sempadan ..Terima kasih tuan Tanah...
Aku ada alter sikit resepi ni..hehe...macam biasa la...
BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOUP
250 g mushroom Shitake
700 ml air
250 ml fresh milk dutch lady kotak kecil
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan (tak letak)
CARA MEMBUATNYA
- Cendawan dibasuh, lap kering dengan kitchen towel bersih. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.
- Panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.
- Tuang air dan susu , kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.
- Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam...(mat tak letak garam sebab kiub ayam tadi dah terasa garamnya). Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta garlic bread tadi......
Aku cicah dengan roti gardenia bakar je...Sedappp... Eh lupa nak bagitahu...sukatan ni dapat banyak tau....untuk 4 orang pun lepas...
1 comments:
aku pernah mkn member buat.sedap gler. tp aku xpernah buat sndr.hehe.nt la den toraii. rajin dorin msk2 ;)
Post a Comment