Thursday, July 28, 2011

Tips Melancong Ke Bandung

Meh nak share tips-tips berguna untuk sesiapa yang nak melancong ke Bandung. Ni berdasarkan pengalaman aku selama 4 hari kat sana..

Take note: Aku punya flight dari KL-Jakarta, Jakarta-KL

  1.  First, make sure Passport korang tu expired date nya tak kurang dari 6 bulan.
      • Pengalaman- salah seorang dari ahli rombongan passport nya kurang 6 bulan lagi nak expired. So, masa sampai kat Jakarta airport tu Imigresen tak lepas... Lama jugak la diorang nak settlekan. Kitorang yang lain ni dah menunggu kat luar. Tunggu punya tunggu dalam setengah jam, beliau pun keluar. Rupa-rupanya Imigresen tu minta 1juta rp untuk settlekan hal tersebut. Terbang la dalam RM350..banyak tu..
  2. AIRPORT TAX.
      • Kat Indonesia Airport Tax tak termasuk dalam harga ticket flight tau.
      • So before shopping tu, make sure prepare and asingkan siap2 duit Airport Tax (Dalam RUPEE).
      • Kalau Airport Jakarta : 150,000 rp per ticket
      • Kalau Airport Bandung : 75,000 rp per ticket
      • Kalau korang ada infant yg seatnya share dengan parent, takde la kena bayar Airport Tax tu.
      • Airport Tax ni bayar masa nak check in flight masa nak balik nanti
  3. Isi siap-siap Form yang dia bagi masa dalam flight tu..
      • Form Arrival and Departure
      • Kalau pun taknak isi dalam flight, ISI SENDIRI masa sampai kat Airport. Sebabnya kalau la korang macam malas2 nak isi pastu tetiba masa kat airport ada orang sana cakap dia boleh tolong isikan, haaa...selamat la ko kena bagi TIPS kat dia..
      • Form Arrival tu nanti sampai je Airport bagi kat Kaunter utk dapatkan Visa On Arrival.
      • Form Departure tu simpan dalam Passport dan bagi masa kat Airport Indonesia masa nak balik Malaysia nanti.
  4. Di Indonesia (Jakarta/Bandung) semua TOLONG adalah TIPS ok..
      • Tips ni maksud aku adalah DUIT kayy...
      • Tapi mungkin jugak la ada yang memang betul2 baik hati tolong kan...hehe..
  5. Before gerak ke oversea, pastikan AKTIF kan dulu bankcard dan credit card untuk penggunaan di luar negara.
      • Macam kitorang haritu, tak tau kena aktifkan dulu...ingatkan bawa duit cukup dah..hahahaha..sekali beli telekung kat pasar baru je dah 1juta rp..haha..campur-campur beli benda lain lagi, terus rasa macam duit tak cukup.. terpaksa carik bank kat sana.Malangnya, semua tak boleh withdraw. Last choice, suruh pak supir bawa pergi Maybank (BII). Pergi sana, story bla-bla..call Call Centre Maybank semua, baru boleh keluarkan duit..hahahahaha..
  6. Aktifkan Roaming utk telefon..
      • Ada orang kata, kalau roaming utk Maxis dah otometik..ni aku tak sure.
      • Tapi kalau Celcom kena pergi Call Centre utk aktifkan dulu.
      • Kitorang pakai Celcom, ingatkan dah boleh autometik Roaming. Sekali tak boleh da..call, mesej semua tak boleh..susah jugak la..
  7. Plan siap-siap nak shopping kat mana
      • Aku ritu, Pak Supir bawa kat area FO yang kureng best...bagi aku la..kalau korang takat duduk sana 4 hari, takyah survey-survey..berkenan je terus beli... Tapi kalau kat Pasar Baru tu, boleh la nak survey dulu...
  8. Orang kata kalau nak naik cab kat sana better guna perkhidmatan Blue Bird.. yang ni aku tak try sebab pakai Pak Supir
  9. Operating Hour utk Pasar Baru : 10 am -5 pm
  10. Operating Hour utk FO - tak sure..tapi tutupnya lewat sikit la compare dengan Pasar Baru
  11. Tempat Makan 
      •  Mintak je Pak Supir bawa tempat makan macam restoran besar-besar..sebab tak mahal sangat pun. Nak nak kalau g rombongan..
      • Lagi bagus kalau korang dah survey tempat makan..senang
      • Dalam Pasar Baru ada food court kat Lantai 6..sedapppp...hihi..tapi tanye la Halal ke tak ye...
  12. Papparazi
      • Kat Bandung ramai papparazi tau..hahaaha
      • Korang turun je dari kenderaan, confirm ada a few people datang jual barang.. diorang ni memang tak give up la..kalau belum 20 x kita cakap enggak mau, selagi tu la dia dok datang kejar ko..hahaha...
      • Kalau korang layan, memang penat la..tapi kalau dah suka kat barang yang dia jual tu beli je la...hehehe..ikut memasing.
      • Aku kekadang kalau dah malas nak cakap enggak mau, jalan je menonong masuk terus ke dalam kedai/ van tak pandang kiri kanan.
  13. Waktu Indonesia lewat sejam dari kita..
      • kalau kita pukul 8.30 am, dia baru pukul 7.30 am..tapiiiiiiiii memang dah naik matahari la..cerahnya awal tau..
  14. Dalam Pasar Baru ada Money Changers.
      • Lantai 3. Susah sikit nak carik..boleh tanya2 kat orang..tapi kitorang buang masa almost 1 hour utk carik n tanya orang..hahaha..last-last tanya kat budak jual air, terus dia bawa kitorang sampai Money Changers tu. Bagi la TIPS dalam 2000 rp.
  15. Try makan Singkong
      • Singkong ni ubi kayu..dia goreng dulu..pastu salut cheese dengan gula ke ape ntah..sedap tau..jual tepi jalan je..
  16. Calculate Duit Rupee ke Duit Malaysia
      • Nak senang ikut kiraan macam ni. Dia tak tepat la..tapi almost..hehe
      • If 5000 rp = 0.5 x 4 = RM 2
      • If 50,000 rp = 5 x 4 = RM20 (kalau kira betul2 dalam RM17/18 tak silap)
      • If 500,000 rp = 50 x 4 = RM 200
      • Kalau nak lagi tepat, darab dengan 3.6... hahaha..jenuh la korang pikir..kang tiap kali nak convert je mau dekat 5 minit terkial-kial kira.. sebab tu nak senang, darab je dgn 4.
  17. Baju
      • Tak yah bawa baju banyak kalau niat di hati tu nak shopping..
      • Bawa baju untuk dipakai hari Shopping tu pun dah cukup...
      • Baju baby pun sama..kat Pasar Baru belambak jual.. kalau nak yang branded carik kat FO...siap ada FO ANAKECIL lagi kat sana khas utk kids n baby.
  18. Jeans
      • Pergi kat TOKO 3 - Jalan Jenderal Ahmad Yani.
      • Tak jauh pun dari Pasar Baru.
      • Levis original ada kat sana..dia siap ada certificate yg dia jual Levis ori..
      • Ada banyak brand lagi kat sana..tapi mostly memang kat situ syurga jeans la..hihihi
      • Harga pulak : emm..not bad..murah sikit la dari Malaysia.mine got around RM160 -Levis. Ada jugak yang sale sampai 50%..tapi tak sempat tengok..
  19. Cuaca
      • Siang panas jugak...
      • Malam sejuk..dalam bilik apartment siap takde aircond dan kipas pun..
Tu je buat masa ni..will add on kalau ingat lagi...




9 comments:

Fatima Saiful said...

rupee ke rupiah?ke same je???

dorin said...

haha...sama je kot..

Kukuh Abadi Resources said...

hi, thanks for sharing. Banyak info kt sini =) Saya nk tambah part roaming tu.. Lebih baik jika kita roaming guna simcard dari Indonesia je lebih murah. Dan beli Flexiroam punya credit RM10 sehari unlimited. Jadi sementara tgh2 jalan2 tu sng nk buat call atau jwb panggilan dari malaysia.. Tak pyh takut roaming charge dah :)

Anonymous said...

Hi,

Nk tny, tinggal kat hotel mana? berapa semalam? better amek pakej dgn tourist guide ke better pegi sendiri je.. minta advice sket..sy first itme nk ke bandung ni... totally no idea..

dorin said...

Saya stay kat Cipedes Apartment..awal boleh tengok dekat entry lain..kalau pergi ramai2 better sewa van+pak supir.. sebab kat sana jalan dia lain macam sikit...main belasah je jalan.. sikit2 kena tips..kalau dah ada pak supir, semua bayaran dah include sekali. Tapi kalau awak pergi berdua je boleh la nak gamble amik cab kalau nak pergi dekat2.. cuma if nak melawat tempat yang jauh2 better amik pak supir..senang ada pak supir...mana2 nak pergi dia bawa kan...

imaan said...

Hye...nk tanye la flight turn kt Jakarta ea? So Dr Jakarta to Bandung awk naik ape ea?nk plan neh...huhu

Anonymous said...

dari Jakarta ke Bandung naik ape ye?

bie said...

nak tanya, book tiket pergi bali jakarta ke? tempt shoping yg best byk kt jakarta or bandung, cadan gan kalu nk book tiket direct bandung or jakarta?

BIE said...

NAK TANYA, KALU GUNA VAN + PAK SUPIR CAMNER NAK BOOK? BRP HARGA?