Ngeh ngeh ngeh...amacam nama resepi??? Ada beran??? muahahahaha.............
1st try ni....ingatkan susah sangat nak buat nasi ayam...selama ni bila balik kampung, request kat mak je kalau nak makan... sekarang dah boleh masak sendiri..tapi still nak request kat mak jugak bila balik kampung...hahahaha... mana dapat lawan air tangan mak..
Meh menjamu mata dulu...
Resepi ni sebenarnya takde sukatan...serius kena agak-agak je..sape yang jenis tak pandai agak tu tak boleh la nak tiru...hahahaha...
Bahan-bahan Utama
2 pot beras
Butter/Marjerin
1/2 ekor ayam yang kurus (belah 2 je)
1 biji bawang besar yang memang besar punya
3-4 ulas bawang putih
Halia sikit...agak2 ler..
3 biji Cili merah besar
5 biji Cili padi - kalau tak nak pedas, kurangkan atau tak yah bubuh. Aku bubuh..terus rupa macam sambal belacan cair...hahaha
Kicap pekat
Madu
Limau Nipis/Cuka
Garam
Gula
Rempah sup (Sup serbuk, kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga)
STEP 1 : BLEND
Blend Bawang besar, bawang putih dan halia. Tambah air sikit masa blend.
Asingkan 2 bahagian (1 utk sup, 1 utk nasi)
STEP 2: BUAT SUP AYAM..
Panaskan sikit minyak dalam periuk
Tumis bahan blend yang bahagian sup + sikit kulit kayu manis+ 3 bunga cengkih + 3 kelopak bunga lawang+ 3 biji buah pelaga sampai naik bau best
Tambah air dalam 4 cawan..Agak-agak la sup ni...sebab sup ni nak guna untuk masak nasi dengan buat sos merah dan sos kicap sikit.
Masuk ayam..
Masuk serbuk sup jika perlu
Perasakan dengan garam
Masak sampai ayam empuk..siap (kalau korang ada resepi sup marbeles takyah la ikut resepi ni)
STEP 3: PERAP AYAM
Amik dalam 3 sudu madu, campur kicap pekat. Ni memang kena agak-agak...ada rasa manis...ada rasa masin..tapi rasa manis tu kena extra...
Gaulkan...amik ayam sup yang telah ditos tadi dan gaulkan dengan kicap+madu tu..
Perap dalam setengah jam
Goreng dalam 5-7 minit sahaja supaya ayam tu tak keras kejung..ayam tu dah masak masa dalam sup tadi..so takyah lama-lama
STEP 4: MASAK NASI
Memula amik butter/marjerin dalam 2-3 sudu besar tumis dalam periuk atas api (kalau nak terus tumis dalam rice cooker pun boleh).
Bila butter dah cair, amik bahan blend dalm step 1 untuk nasi tadi dan tumis sekejap.
Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos ke dalam periuk tadi.
Gaul ratakan dengan bahan tumis.
Tambah air sup ayam tadi
Sukatan
2 cawan beras = 3 cawan air /sup ayam (pandai2 la..boleh je kalau taknak guna sup ayam tu..guna air biasa je..tapi tak kick la)
Tambah garam jugak sikit
Gaul sikit pastu campak masuk rice cooker..............jangan lupa gaul sikit kekadang..
STEP 5: SOS KICAP
Amik kicap lebihan perapan ayam dalam Step 3.
Tambah sup ayam dalam 2 senduk atau sesedap rasa
Dah siap...hehe
STEP 6 : SOS MERAH
Blend cili merah+cili padi beserta bawang besar dan bawang putih (sikit je bawang tu)
Masak atas api
Tambah cuka/perahan limau nipis
Tambah gula dan garam
Rasa la ok ke tak...
Siap
Hiasan
Amik salad, hiris tomato dan timun.
Ayam yang digoreng tu potong kecil2 sikit..jangan kecil sangat..nanti hancur lebur...
Dah boleh hidang dan makan sampai muak..
Mendeley Advisor
9 years ago
2 comments:
Terliur ! Nak try jugak nanti yer :)
hehe ..anis try la...
Post a Comment