Wednesday, November 10, 2010

Iman Uqael kena jaundice/demam kuning masa lahir

Hahahaha..punya la lama aku peram cerita demam kuning ni...

Dua hari lepas uqael lahir haritu dia kena jaundice...kesian dia...aku dah agak dah dia akan kena sebab ada la orang dok kata kalau baby lahir kecik, possibility nak kena jaundice tu agak tinggi. Tak tau la ini fakta atau pun auta...hahahaha...

Uqael lahir hari khamis..ahad tu baru pegi check kat az zahrah.....masa nak amik darah uqael tu sadis gila...cucuk kat tapak kaki..meraung sekejap uqael..aku pun bergenang ayor mata ni..huahuahua.....tapi tak sampai seminit pun dia nangis....tak keruan betul bila anak sakit.. Dah dapat result, jumpa Doc..terus dia tanya samada aku breasfeed atau tak...oleh sebab aku breastfeed, maka dgn aku sekali kena warded... ;)

Ni gambar uqael masa kena jaundice..cian tengok..macam terseksa je pakai topeng cyclop tu... masa baru lahir kulit uqael memang berkedut2 n menggelupas dgn teruk..nurse cakap sebab terlebih hari..






haha..comel je gambar masa zaman uqael masih berbedung..

OK..teruskan cerita..so malam tu bermalam la aku dgn uqael dan ditemani mak aku. Masa ni la bermulanya ERA NIPPLE CRACK...mau tak crack, dah la baby baru nak pandai breastfeed..aku pun terkial2 jugak..tak reti..memang fail la.. baby kena jaundice memang akan kerap dahaga...sebabnya dia dehidrated bila duduk bawah lampu biru tu..lampu biru tu kan mengeluarkan haba.. bila kerap sangat breastfeed, tu yang menyebabkan nipple luka dgn teruk..sampai berdarah..huhu..memang azab la bila ingat balik saat2 tu..

Cara paling berkesan utk menyembuhkan jaundice ni adalah melalui breastfeeding...lagi banyak baby membuang (besar+kecik) maka lagi cepat la dia akan sembuh..info pasal ni boleh tanya kat pakcik google je ye...malaih la nak explain..kot aku rajin nanti baru aku explain...haha..

Malam pertama tu dia tak tido dgn aku..anta g nursery sebab dia asyik menangis je..aku nak jaga memang tak pandai..mak aku pun tak berjaya buat dia tido..so aku pun pump la susu utk bekal dia malam tu.. Malangnya, aku pump susu bersama darah...macam kaler merah2 sikit susu tu..nurse kata tak boleh bagi..so malam tu anak aku tido kat nursery minum susu formula rasanya....huhu..sedih sangat..pump susu pun dapat 1 oz je..

Pepagi buta nurse dah hantar dia kat aku..so breastfeed la macam biasa..sakit memang sakit la..aku bagi breast gilir2..kalau bagi belah kiri, aku akan letak nipple cream kat breast sebelah kanan..gitu la..gilir2..azab sangat sakit masa nipple crack tu..oo..aku pakai nipple cream brand medela..mahai ooo..beli masa before deliver lagi..kalau tak silap harga dalam RM 30-RM50 kot..lupa dah..kecik cenonet je..

Dah 2 mlm tido ward, baru boleh keluar..tu pun demam kuning tu belum fully cure..tapi doc dah benarkan utk balik sebab bacaan dah menurun... Alhamdulillah..

Nipple crack tu lama jugak la nak elok..aku rasa almost 2 weeks kot baru ok..tu memang pengalaman yang tak dapat nak lupa la..banyak cabaran nak breastfeed ni sebenarnya..kena tabah...

Uqael punya demam kuning tu lama nak elok..kalau tak silap aku dekat sebulan jugak la baru betul2 hilang....




2 comments:

juelee said...

haish memang banyak cabran nak breast feed nie..

aku masa rayyan dok wad, wad penuh so die dok tingkat 1, aku tingkat 3...

tgah malam nak nyusu pun nurse panggil.. terkedek2 la trurun ngan peor berjahit huhuh

baru 3 hari operate masa tu.. tapi bila pk demi anak, sanggup je time tu walaupun saket

dorin said...

uih...gile mencabar jue. lagi mencabar dari aku la. Tabah2...kurang-kurang 6 bulan...meh support each other..